

Dave Ananth, presiden Persatuan Perniagaan Malaysia New Zealand, berkata perdagangan antara kedua-dua negara dikekalkan pada tahap agak sederhana.
“New Zealand bukan antara rakan dagangan terbesar Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, import New Zealand dari Malaysia pada tahun lalu berjumlah USD2.03 bilion, manakala eksport ke Malaysia berjumlah USD785.89 juta.
Tetapi, beliau mahu meningkatkan kepentingan New Zealand dalam sektor tertentu, seperti komoditi dan produk pertanian kerana New Zealand terkenal di seluruh dunia dengan produk pertanian berkualiti tinggi, khasnya tenusu, daging serta hortikultur.
“Mengukuhkan kerjasama dalam bidang pertanian dan keselamatan makanan boleh meningkatkan lagi hubungan perdagangan ini.”
Katanya, bekerjasama dengan Persatuan Perniagaan New Zealand-Singapura untuk pameran FieldDays 2024 akan datang membantu dua persatuan itu memanfaatkan pasaran menguntungkan New Zealand sambil meneroka peluang kerjasama dengan perusahaan tempatan.
Beliau berkata, Malaysia dan Singapura juga sedang meneliti penyelesaian inovatif daripada amalan pertanian mampan kepada penyelesaian agroteknologi termaju. Mengenai amalan pertanian mampan yang merupakan faktor penting dalam produktiviti makanan, tiada tempat lebih baik untuk belajar daripada petani New Zealand.

EW Tan, presiden persatuan Singapura itu berkata, kerjasama antara negara dan perniagaan akan memacu inovasi serta pertumbuhan ekonomi.
Anand dan Tan berkata, mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia, Singapura dan New Zealand akan membantu meningkatkan hubungan perdagangan dua hala serta kaedah untuk pelaburan dan pengembangan perniagaan.