Wanita ditahan seludup hampir RM80,000 kaki ayam dari Malaysia

Wanita ditahan seludup hampir RM80,000 kaki ayam dari Malaysia

Pihak berkuasa menahan wanita 46 tahun itu yang juga penjaga gudang sejuk beku di Hat Yai, selatan Thailand pada Khamis lalu.

Pihak berkuasa menemui 5,664kg kaki ayam serta 565kg kaki ayam dibuang tulang. (Gambar Pixabay Falco)
BANGKOK:
Seorang wanita Thailand ditahan di Songkhla, selatan Thailand kelmarin kerana disyaki menyeludup kaki ayam bernilai RM77,972 dari Malaysia.

Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB) Daerah Hat Yai diketuai Anand Buakaew berkata, pihak berkuasa menyerbu sebuah pondok di Hat Yai yang dijadikan gudang sejuk beku untuk menyimpan karkas haiwan, khasnya ayam itik diseludup dari Malaysia.

“Semasa operasi, pasukan itu memberkas wanita terlibat yang juga penjaga gudang dan menemui 5,664kg kaki ayam serta 565kg kaki ayam dibuang tulang, menjadikan keseluruhannya 6,229kg bernilai hampir 600,000 baht,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek 46 tahun itu tiada dokumen menunjukkan sumber asal anggota ayam, selain tiada permit untuk membawa masuk karkas haiwan ke Thailand dan permit membawa haiwan atau karkas keluar atau masuk ke zon ditetapkan.

“Semua item dirampas dan dihantar ke pegawai penyiasat di Balai Polis Hat Yai untuk proses perundangan seterusnya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.