
Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kes itu semalam di Balai Polis Tumpat.
“Berikutan laporan itu, polis membuka kertas siasatan bagi kes ini,” katanya menurut Berita Harian.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk penggunaan tidak wajar fasiliti atau perkhidmatan rangkaian untuk membuat atau menyebarkan komen dalam talian.
Sebelum ini, Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki, sebagai berkata Mara mengarahkan penyiasatan segera dan menyeluruh terhadap dakwaan seorang guru dipercayai melakukan pedofilia di MRSM Tumpat.
Katanya, guru disyaki itu telah digantung tugas sehingga siasatan selesai.
Beliau berkata, satu pasukan dari ibu pejabat telah ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan dan akan segera ke institusi itu.