Guru wanita didakwa cabul pelajar direhat

Guru wanita didakwa cabul pelajar direhat

Guru berkenaan direhatkan sehingga siasatan selesai, kata menteri pendidikan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pihak kementerian akan pastikan guru terlibat tidak ada langsung akses kepada pelajar.
PETALING JAYA:
Guru wanita didakwa cabul pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini direhatkan sehingga siasatan kes selesai.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata guru itu perlu mematuhi proses siasatan kes yang dijalankan polis dan kemudiannya Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ketika ini KPM mengambil pendekatan untuk melindungi anak-anak kita sepenuhnya, jadi guru itu tidak ada langsung kaitan atau pun akses kepada para pelajar, dia direhatkan sehingga siasatan selesai.

“Dia kena mematuhi sepenuhnya proses siasatan terlebih dahulu, jadi buat masa sekarang ini siasatan polis dan dakwaan, barulah kita boleh ambil tindakan di peringkat KPM,” katanya menurut Bernama selepas selepas majlis buka puasa bersama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.

Media sebelum ini melaporkan, KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru didakwa menjalin hubungan dengan pelajarnya berusia 17 tahun, selepas siasatan polis selesai.

Terdahulu Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru berusia 37 tahun itu.

Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lalu, mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.