‘Follow’ akaun lucah di X, DBP lancar siasatan

‘Follow’ akaun lucah di X, DBP lancar siasatan

Jurucakap DBP mengesahkan perkara itu dan sudah nyahikut akaun lucah yang dipersoal.

Jurucakap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata agensi itu sedang melakukan siasatan terperinci. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjalankan siasatan selepas akaunnya di platform X didapati mengikuti halaman yang berkongsi kandungan lucah.

Ketika dihubungi FMT, jurucakap DBP berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

Beliau berkata, akaun DBP di platform itu juga sudah nyahikut halaman yang dipersoalkan tersebut.

Isu itu timbul pagi ini susulan pengguna X, @BN4everTN50, berkata DBP mengikuti akaun yang berkongsi hantaran lucah di platform tersebut.

Warganet kemudian turut menyindir tindakan agensi kerajaan itu selepas isu itu dibangkit, dengan ada menggesa DBP memberi pencerahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.