Puad nafi isu peribadi, cuma tunggu formula Rafizi jadikan Malaysia kaya

Puad nafi isu peribadi, cuma tunggu formula Rafizi jadikan Malaysia kaya

Semalam Rafizi Ramli berkata serangan Puad Zarkashi terhadap Padu lebih banyak menjurus isu peribadi.

Puad Zarkashi berkata beliau sekadar mengkritik Rafizi Ramli yang didakwanya lebih gemar menghasut ketika sebelum menjadi kerajaan.
PETALING JAYA:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi menafikan mempunyai isu peribadi terhadap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Sebaliknya, Puad berkata beliau sekadar mengkritik timbalan presiden PKR itu yang didakwanya lebih gemar menghasut ketika sebelum menjadi kerajaan.

“Rafizi dakwa kritikan saya terhadap Padu (Pangkalan Data Utama) bersifat peribadi. Menurutnya saya tetap tidak akan berpuas hati walaupun Malaysia menjadi negara kaya.

“Sedangkan itulah sikap dia masa Najib (Razak) jadi perdana menteri. Semua tidak betul. Najib mahu Malaysia jadi negara berpendapatan tinggi. Dia pula kerja menghasut,” katanya di Facebook.

Semalam, Rafizi berkata serangan Puad terhadap Padu lebih banyak menjurus isu peribadi dan disebabkan itu beliau tidak mengambil pusing komen individu seperti speaker DUN Johor itu.

Sebelum ini, Puad sering menyerang Padu dan Rafizi, mendakwa ia gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Ahli Parlimen Pandan yang tidak diyakini rakyat.

Sementara itu, Puad turut menyindir Rafizi dengan berkata beliau menunggu formula untuk menjadikan Malaysia kaya-raya.

“Tetapi apa kejayaan formula beliau yang boleh dibanggakan sejak jadi menteri. Sarawak dan Sabah pun tolak Padu.

“Saya tidak ada isu peribadi dengan Rafizi. Saya hanya tunggu formula beliau menjadikan Malaysia kaya-raya. Saya tidak menghasut tetapi mengkritik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.