KK Mart di Perak dibaling ‘bom petrol’

KK Mart di Perak dibaling ‘bom petrol’

Bagaimanapun, 'bom' itu yang baling di hadapan kedai berkenaan tidak meletup.

Individu tidak dikenali membaling objek dipercayai bom petrol di sebuah kedai KK Mart di Bidor, Perak pada awal pagi tadi. (Gambar China Press)
PETALING JAYA:
Satu objek dipercayai bom petrol dilaporkan dibaling di satu cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Perak pada pagi ini.

Bagaimanapun, bom itu yang baling di hadapan kedai berkenaan tidak meletup, lapor China Press.

Menurut laporan itu, individu tidak dikenali disyaki membaling sayu objek disyaki bom petrol itu pada jam kira-kira 5 pagi.

Difahamkan, ada beberapa pekerja di berada di dalam kedai itu ketika kejadian berlaku.

Mereka kemudiannya membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

FMT cuba menghubungi Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri untuk mendapatkan komen.

KK Mart diselubungi kontroversi selepas beberapa gambar stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai KK Mart Bandar Sunway tersebar di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan orang Islam dan desakan boikot oleh Pemuda Umno.

Syarikat itu sudah memohon maaf dan menyatakan kekesalan berhubung insiden tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mahu KK Mart menaikkan sepanduk meminta maaf di semua 881 cawangan kedai itu atau berdepan boikot yang lebih besar.

Terdahulu hari ini, pengasas KK Mart dan isterinya, serta tiga pengarah syarikat yang mengedar stoking berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di Shah Alam atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.

Bagaimanapun, semua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.