Selisih faham, artis veteran disyaki pukul abang ipar

Selisih faham, artis veteran disyaki pukul abang ipar

Mangsa berusia 41 tahun cedera di kepala dan badan dipercayai akibat dipukul menggunakan besi.

Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara lelaki berusia 64 tahun itu dengan mangsa semalam, menurut Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang artis veteran pada 12.01 tengah malam tadi kerana disyaki memukul abang iparnya.

Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata artis itu ditahan di pekarangan IPD Cheras selepas hadir apabila dihubungi pegawai penyiasat untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara lelaki berusia 64 tahun itu dengan mangsa pada 2 petang semalam.

“Suspek kemudian bertindak memukul mangsa di rumah ibu mentuanya di sebuah flat di Bandar Tun Razak.

“Mangsa berusia 41 tahun itu telah dipukul dengan menggunakan sebatang besi panjang menyebabkan kecederaan di bahagian kepala serta badan mangsa,” katanya menurut Bernama.

Menurutnya, suspek direman empat hari bermula hingga 28 Mac bagi siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.