PRU16: PH belum buat ketetapan kerjasama dengan BN

PRU16: PH belum buat ketetapan kerjasama dengan BN

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan kerjasama PRU16 ada dibincangkan.

Saifuddin Nasution dalam siaran Keluar Sekejap bersama hos Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) belum membuat ketetapan tentang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan.

“Kami kerap berjumpa. Idea itu diketengahkan,” katanya dalam siaran Keluar Sekejap, bersama hos Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

Pengerusi BN, Zahid Hamidi, sebelum ini menyatakan keyakinan kerajaan perpaduan akan memerintah selepas PRU.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook juga berharap kerjasama antara PH dan BN akan diteruskan selepas PRU.

Saifuddin ditanya oleh Khairy, yang juga bekas ketua Pemuda Umno, mengenai kenyataan Zahid, dan sama ada PKR sudah memutuskan perkara itu.

“Kita kena nilai semua keadaan pada ketika itu, Untuk PKR, belum lagi ada keputusan,” katanya, yang juga setiausaha agung PKR.

PH, BN, Gabungan Parti Sarawak, dan Gabungan Rakyat Sabah menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas PRU15.

Pengerusi GPS Abang Johari Openg berkata gabungannya akan menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim sehingga penggal pentadbiran tamat, pada 2027.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.