
Katanya, ini kerana sokongan Adun pembangkang terhadapnya sangat kuat untuk memimpin PN Negeri Sembilan menjelang PRU16.
“Tidak (gentar). Walaupun kali pertama jadi Adun dan dilantik ketua pembangkang tetapi tidak merisaukan saya berikutan kita ada sekretariat dan sahabat yang membantu.
“Lagipun ini sidang DUN kedua saya selepas bergelar Adun,” katanya kepada FMT.
Adun Labu daripada Bersatu itu menggantikan Adun Gemas, Ridzuan Ahmad yang dilantik sebagai ketua pembangkang pada 9 Okt tahun lalu.
Hanifah dilantik pengerusi PN Negeri Sembilan pada 29 Jan lalu menggantikan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu.
Sementara itu, Hanifah berkata beliau menubuhkan sekretariat Adun PN Negeri Sembilan supaya lebih sedia menghadapi sidang DUN yang akan bermula 6 Mei ini.
Katanya, PN negeri juga setuju melantik lima Adun memantau portfolio exco negeri bagi tujuan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
“Kami semua masih baru dan dalam tempoh memahami sidang DUN. Kali ini (yakin) kami lebih sedia untuk bangkitkan isu semasa dalam sidang DUN,” katanya.
Beliau juga yakin anak muda akan terus bersama PN pada PRU16 seperti sokongan diberikan pada PRN lalu.