Kerajaan batal pindaan undang-undang kerakyatan

Kerajaan batal pindaan undang-undang kerakyatan

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata semua cadangan pindaan dipersetujui kecuali dua.

Saifuddin Nasution Ismail keputusan itu dibuat berdasarkan pandangan selepas pertemuan intensif dengan Ahli Parlimen, wakil parti politik, dan juga pakar perundangan dan wakil agensi negeri.
PETALING JAYA:
Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk tidak meneruskan dengan cadangan pindaan Perlembagaan berhubung kewarganegaraan untuk anak-anak terbuang dan tanpa kerakyatan, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan pandangan selepas pertemuan intensif dengan Ahli Parlimen, wakil parti politik, dan juga pakar perundangan dan wakil agensi negeri.

“Semua cadangan yang dibentangkan (pindaan) oleh Kementerian Dalam Negeri dipersetujui kecuali yang membabitkan 19B dan 14(1)(e), yang kekal seperti asal.”

Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan berkait penganugerahan hak kewarganegaraan secara perundangan kepada bayi terbuang dan kanak-kanak tanpa warganegara.

“Cadangan kami nak ubah membabitkan 19B dan 14(1)(e) kepada warganegara secara pendaftaran,” kata Saifuddin

Di bawah Seksyen 19B, Bahagian III Jadual Kedua, anak terbuang diberikan kewarganegaraan automatik melalui “operasi undang-undang”, seperti yang diperuntukkan di bawah peruntukan pembuktian yang memberikan mereka manfaat keraguan mengenai tarikh dan tempat kelahiran mereka, dengan mengambil kira bahawa status ibu bapa biologi mereka tidak diketahui dan tidak dapat dibuktikan.

Sementara itu, di bawah Seksyen 14(e), Bahagian II Jadual Kedua, perlindungan yang serupa di bawah operasi undang-undang diberikan kepada orang yang rentan dan terjejas, seperti kanak-kanak yang lahir luar nikah, kanak-kanak tanpa negara dan ditinggalkan yang dijadikan anak angkat; dan komuniti pribumi.

Sebelum ini, pelbagai aktivis dan NGO mengkritik dengan keras pindaan tersebut, menyatakan bahawa ia boleh memperburuk masalah tanpa kewarganegaraan atau meletakkan individu tanpa kewarganegaraan dalam situasi yang berisiko.

Tambah, Saifuddin Jemaah Menteri mengingatkan Kementerian Dalam Negeri bahawa ia perlu memastikan proses permohonan kewarganegaraan diuruskan melalui peraturan, prosedur, dan mekanisme yang lebih jelas, berhemah, dan teliti setelah pindaan tersebut diluluskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.