
Isteri Amri, Norhayati Ariffin berkata dalam saman terhadap polis dan kerajaan, beliau mahu pihak berkuasa mengesan Saiful Afdzan Senei, yang nampak suaminya diculik kira-kira lapan tahun lalu.
Katanya, Saiful sepatutnya memberi keterangan dalam inkuiri Suhakam berhubung kehilangan Amri, tetapi saksi itu tidak pernah muncul.
“Saya membuat laporan polis semalam, seorang pegawai dikenali sebagai Sarjan Haidar menghubungi saya (malam tadi) dan berkata dia mahu berjumpa saya,” katanya.
Norhayati berkata, dia ke balai polis untuk bertemu Haidar bagi menjelaskan bahawa beliau mahu Saiful memberi keterangan bagi pihaknya dalam saman itu.
“Haidar bertanya adakah saya mempunyai sebarang maklumat mengenai Saiful. Saya menyerahkan nombor kad pengenalan Saiful yang saya dapat daripada peguam saya,” katanya.
Katanya, Haidar menghubunginya semula pagi ini dan memberitahu Saiful diklasifikasi sebagai “orang dikehendaki”.
“Haidar berkata dia tidak dapat membantu mengesan Saiful kerana kekurangan maklumat,” katanya.
Prosiding di hadapan Hakim Su Tiang Joo bersambung 22 hingga 24 April ini.
Selepas prosiding berakhir, Norhayati memberitahu wartawan beliau berharap suaminya “masih berada di luar sana dan selamat”.
“Kami berharap dia pulang semula satu hari nanti,” katanya dengan linangan air mata.