Adun Kuala Kubu Baharu meninggal dunia

Adun Kuala Kubu Baharu meninggal dunia

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan berita kematian wakil rakyat berusia 58 tahun itu.

Pada PRN Ogos lalu, Lee Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Adun Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong meninggal dunia hari ini selepas beberapa tahun bertarung dengan kanser.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam kenyataan mengesahkan berita kematian wakil rakyat berusia 58 tahun berkenaan.

Menurut ketua PH Selangor itu, pemergian Lee disifatkan kehilangan besar dan pasti dirasai penduduk DUN Kuala Kubu Baharu.

“Mewakili kerajaan perpaduan Selangor, saya mengucapkan taziah kepada keluar mendiang dan sahabat serta anggota DAP yang kehilangan tokoh berpengalaman,” katanya.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi dan mempertahankannya lima tahun kemudiannya.

Pada 2020, Lee mengumumkan dirinya mula menjalani rawatan kanser ovari tahap satu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.