PKR bincang kemelut Sabah Ahad ini

PKR bincang kemelut Sabah Ahad ini

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat itu dijangka dipengerusikan Anwar Ibrahim selaku presiden parti.

Majlis Pimpinan Pusat PKR akan mengadakan mesyuarat Ahad ini bagi membincangkan kemelut di Sabah selepas 15 ketua bahagian menolak ketua negerinya, Sangkar Rasam.
PETALING JAYA:
PKR akan membincangkan kemelut di Sabah dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Ahad ini selepas 15 ketua bahagian menolak ketua negerinya, Sangkar Rasam.

“(Konflik PKR Sabah) akan dibincangkan dalam mesyuarat MPP Ahad ini,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung kepada FMT.

Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selaku presiden PKR.

Baru-baru ini, 15 daripada 26 ketua bahagian diketuai Sazalye Donol dari Kota Marudu menggesa Sangkar berundur secara terhormat atas dakwaan dia kurang dikenali, tidak mendapat kepercayaan majoriti kepimpinan akar umbi dan gagal mengadakan program memperkasakan PKR Sabah.

Sazalye dilaporkan berkata, mereka menyuarakan pendirian menolak kepimpinan serta hilang kepercayaan terhadap Sangkar melalui akuan bersumpah.

Sangkar kemudian menolak gesaan meletak jawatan dengan berkata, kritikan terhadap kepimpinannya menjejaskan gerak kerja parti menjelang PRN dan menggesa ahli tidak membuang masa kerana pergolakan dalaman PKR Sabah bukan julung kali berlaku.

Penggal kerajaan Sabah akan tamat Oktober 2025, tetapi Ketua Menteri, Hajiji Noor memberi bayangan PRN mungkin diadakan lebih awal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.