KPDN tahan warga Pakistan simpan 108kg gula pasir

KPDN tahan warga Pakistan simpan 108kg gula pasir

Gula itu ditemui di bahagian belakang sebuah kenderaan yang diparkir di dalam pagar sebuah rumah di Likas, Sabah.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata Lelaki warga Pakistan itu ditahan kerana didapati tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan barang kawalan gula pasir. (Gambar KPDN)
KOTA KINABALU:
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah kerana disyaki menyimpan 108kg gula pasir tanpa dokumen yang sah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah Georgie Abas berkata dalam pemeriksaan di sebuah taman perumahan di Likas, lelaki itu juga didapati tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan barang kawalan gula pasir itu di tempat tersebut.

“Berdasarkan maklumat awam, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Sabah menjalankan pemeriksaan di taman perumahan itu dan menemukan bekalan gula berkenan di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda parkir di dalam pagar sebuah rumah.

“Sehubungan itu penguat kuasa KPDN Sabah menahan suspek berusia 30 tahun disyaki pemilik untuk siasatan lanjut. Gula pasir 108kg dan kenderaan itu semuanya bernilai RM50,307.80 telah disita,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.