
Beliau berkata, melihat kepada penambatan ringgit yang dibuat sekitar 1998, keadaan ekonomi ketika itu berbeza berbanding sekarang.
Menurutnya, dari segi kedudukan ekonomi pada 1998, pasaran saham ketika itu jatuh sebanyak 76% tetapi sekarang jika dilihat dari awal tahun ini pasaran saham sudah naik sebanyak 6%.
Selain itu, pinjaman daripada luar negara pada 1998 adalah 16% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding pinjaman daripada luar negara ketika ini hanya pada 2% atau 1%.
“Kita lihat dari segi reserve (rizab) negara…rizab Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah sekitar RM13 bilion, ia lebih baik berbanding RM26 bilion pada 1998.
“Sehubungan itu, tiada keperluan untuk kita react (bertindak balas) dengan tergesa-gesa mengenainya. Memang kerajaan peka terhadap isu ringgit dan akan berusaha untuk menanganinya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Mohamad Fatmi Che Salleh yang ingin tahu adakah kerajaan merancang menambat ringgit bagi mengekang atau menjaga aset negara.
Amir Hamzah berkata, penganalisis juga berpendapat ringgit akan mengukuh tahun ini ke tahap lebih baik dan diunjurkan meningkat kepada RM4.50.
“Menerusi Kerangka Ekonomi Madani kita yakin ringgit akan berada pada kedudukan lebih baik pada masa depan,” katanya.