Kawal selia Rohingya jejas kedudukan hak asasi Malaysia, kata ahli akademik

Kawal selia Rohingya jejas kedudukan hak asasi Malaysia, kata ahli akademik

Syed Farid Alatas dari Universiti Kebangsaan Singapura berkata sebaliknya tindakan perlu terarah memberi sokongan kepada pelarian.

Seorang Ahli Parlimen kerajaan menggesar kerajaan mewujudkan dasar dan garis panduan jelas mengawal selia komuniti Rohingya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mengawal selia komuniti Rohingya di Malaysia akan menjejaskan moral dan pendirian etika negara ini dalam isu hak asasi manusia, kata ahli akademik.

Syed Farid Alatas dari Universiti Kebangsaan Singapura, berkata Malaysia sepatutnya lebih menumpukan kepada tindakan menyokong pelarian.

Katanya, pertentangan utama antara retorik kerajaan mahu menjaga pelarian sama ada melibatkan rakyat Palestin atau Rohingya adalah dasar sedia ada yang tidak memberi mereka akses kepada pekerjaan dan pendidikan.

“Dari sudut ini, negara Barat mempunyai rekod lebih baik bagaimana mereka melayan pelarian,” katanya kepada FMT.

Bercakap di Dewan Rakyat awal bulan ini, Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat menggesa kerajaan mewujudkan dasar dan garis panduan jelas untuk mengawal selia komuniti Rohingya.

Suhaizan membuat seruan itu mengambil kira aduan jenayah dan pendudukan pelarian. Beliau mendakwa kehadiran komuniti Rohingya di Malaysia “mengancam kehidupan rakyat negara ini”.

Beliau juga ada menyatakan insiden pada 23 Dis tahun lalu di mana tiga Rohingya ditembak mati, disyaki terlibat 50 rompakan di seluruh negara.

Ditanya berhubung persepsi orang awam terhadap pelarian Palestin di Malaysia, Syed Farid berkata walaupun Malaysia mengalukan kehadiran pelarian Rohingya, namun jumlah kedatangan rakyat Palestin terlalu kecil.

“(Orang) Rohingya sangat ketara dan justeru ia dianggap ancaman kepada masyarakat kita oleh individu tertentu, (Namun) disebabkan jumlah sedikit rakyat Palestin di Malaysia, tidak timbul persepsi sama.”

Aktivis migran, Adrian Pereira mengkritik kerajaan kerana enggan melaksanakan undang-undang asasi jelas dalam layanan terhadap pelarian berdasarkan prinsip dan standard dipersetujui.

Pengarah eksekutif North-South Initiative itu, berkata tidak perlu kerajaan menunggu sehingga meratifikasi konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau menggubal undang-undang untuk melayan semua pihak secara bermaruah.

Beliau mendakwa kempen kebencian berlaku berdasarkan “khabar angin” kononnya berlaku peningkatan jenayah dilakukan.

“Jika benar, kemuka bukti, tunjuk datanya. Mari kita berbincang berdasarkan pembuktian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.