
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, tiada laporan dibuat berhubung pergaduhan itu, tetapi polis memulakan siasatan selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu yang tular di media sosial.
“Tiada laporan, tetapi polis dah buka kertas siasatan bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya kepada FMT.
Seksyen 148 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda, atau kedua-duanya bagi kesalahan menghadiri, mengambil bahagian atau berada dalam sebarang rusuhan dengan memiliki senjata yang boleh digunakan untuk menyerang.
Video kejadian itu yang tular sejak 12 Mac menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal yang dikatakan “Mat Rempit” bergaduh, dengan ada yang menyerang menggunakan topi keledar.