
Bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.13 pagi dalam insiden di tingkat atas bahagian bilik tidur utama dan dapur.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata mangsa dikenali Leong Chen Mun, 55, dan suaminya Kang Tsi Yam, 61.
“Sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 10 anggota.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang terbakar di tingkat atas bahagian bilik tidur utama dan bahagian bawah di dapur,” katanya menurut Harian Metro.
Ahmad Mukhlis berkata, api berjaya dikawal tidak lama kemudian dan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70%.
Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.