
Justeru itu, Zahid berkata adalah lebih baik Umno bersama rakan-rakannya dalam kerajaan perpaduan, termasuk bekas seteru utama DAP.
“Saya fikir buat masa ini, biarlah kami bersama-sama dengan rakan dalam kerajaan Madani bagi membentuk kekuatan dan kestabilan politik,” katanya ketika menolak gesaan untuk menghidupkan semula MN, lapor Bernama.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata rakyat boleh menilai sendiri senario politik apa yang sedang berlaku.
“Biarlah politik itu berdasarkan kepada sistem demokrasi dengan menggunakan nilai-nilai Islam sebagai keutamaan,” katanya.
MN ditubuhkan pada Sept 2019 ketika Umno dan PAS dalam blok pembangkang susulan kejayaan Pakatan Harapan di PRU14 pada Mei 2018.
Pakatan itu terkubur selepas PAS membentuk Perikatan Nasional bersama Bersatu dan pada masa yang sama mahu Bersatu diterima dalam MN, tetapi dibantah Umno.
Pada bulan lalu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti Islam itu ikhlas mengenai penyatuan ummah menerusi MN.
Katanya, beliau yakin kerjasama antara parti itu dan Umno masih boleh dihidupkan kembali.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Sharkar Shamsudin menolak cadangan itu dan berkata, sudah mati dan terkubur, manakala Bersatu pula berkata PAS tidak berbincang untuk menghidupkan kembali MN.