23 kes strok haba dilapor tahun ini, kata KP kesihatan

23 kes strok haba dilapor tahun ini, kata KP kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata satu kes membabitkan seorang pesakit yang dimasukkan ke ICU tetapi keadaannya semakin pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada terdedah secara terus dengan cahaya matahari. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebanyak 23 kes strok haba dilaporkan di seluruh negara akibat cuaca panas pada tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Radzi berkata semua kes berkenaan dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) di di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang, lapor Bernama.

“Kalau ikutkan keseluruhan untuk strok haba ini, buat masa sekarang kita ada sejumlah 23 kes dan ini berdasarkan (kes) yang datang ke fasiliti kita,” katanya.

Katanya, terdapat satu kes di Langkawi di mana seorang pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, katanya pesakit itu sudah dibenarkan keluar dari ICU dan semakin pulih.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada terdedah secara terus dengan cahaya matahari kerana cuaca ketika ini panas.

Pada Selasa, Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca panas dan kering dengan suhu melebihi 35°C di kebanyakan kawasan di Semenanjung dan di Sabah untuk beberapa minggu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.