Wanita ditahan jual senjata api tiruan di Sabah

Wanita ditahan jual senjata api tiruan di Sabah

Polis berkata, suspek mendakwa tidak tahu memiliki senjata api tiruan adalah satu kesalahan.

Suspek ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah 9D IPK Sabah di sebuah premis di Papar pada 2.30 petang semalam. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang wanita ditahan kerana memiliki dan menjual senjata api tiruan di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Suspek 37 tahun itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah 9D (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sabah di sebuah premis di Papar pada 2.30 petang.

Ketua JSJ Kontinjen Sabah, Azmi Abd Rahim berkata, 12 senjata api tiruan dirampas, antaranya laras Automatik Rifle M416, Airsoft Gun Combat Master, Airsoft Gun Glock, Airsoft Gun 731B, M17, C11, dan Airsoft Gun C.1.

“Turut dirampas tujuh botol berisi peluru pelbagai jenis dan warna,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, suspek mendakwa tidak tahu memiliki senjata api tiruan adalah satu kesalahan dan menjualnya di kawasan terbabit kerana permintaan tinggi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.

“Saya ingin ingatkan sesiapa juga jangan jadikan apa-apa alasan untuk miliki senjata api tiruan kerana ia tetap salah dari segi undang-undang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.