Kerajaan pinda syarat MM2H, tarik lebih ramai peserta

Kerajaan pinda syarat MM2H, tarik lebih ramai peserta

Antara syarat dipinda ialah jumlah simpanan tetap yang diwajibkan, telah ditukar kepada tiga kategori iaitu platinum, emas dan perak.

Zahid Hamidi berkata kelonggaran program MM2H dijangka dapat meningkatkan kedatangan peserta warga asing.
KLUANG:
Kerajaan memutuskan untuk meminda beberapa syarat permohonan Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi menarik lebih ramai peserta warga asing ke negara ini.
Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata antara syarat dipinda ialah jumlah simpanan tetap yang diwajibkan, telah ditukar kepada tiga kategori iaitu platinum, emas dan perak.

“Kita juga dengan kerjasama Jabatan Imigresen akan mempermudah permohonan itu. (Pemohon) akan mendapat kelulusan setelah borang-borang (permohonan) diisi mengikut syarat dalam tempoh tiga hari bekerja.

“Hartanah yang dibeli (peserta) tidak boleh dijual sebelum mencapai tempoh matang selama 10 tahun sekurang-kurangnya, selain penyambungan visa (peserta) akan dibuat setiap lima tahun,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di pekarangan Masjid Jamek Pekan Layang-Layang, Simpang Renggam di sini malam ini.

Beliau berkata kemudahan lain juga akan diberikan kepada peserta termasuk dari aspek pelajaran dan pendidikan sekiranya mereka mempunyai anak untuk belajar di sekolah pilihan mereka di negara ini.

“ … di Johor, termasuklah Forest City. Saya harapkan agar Motac (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) akan ambil langkah segera untuk tarik lebih ramai peserta MM2H ke negara ini,” katanya.

Program MM2H diperkenalkan pada 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia untuk tempoh yang lama, sebelum dibekukan sementara pada Ogos 2020 bagi memberi ruang kepada KDN dan Motac mengkaji serta menilai semula secara komprehensif.

Sejak Oktober 2021, permohonan baharu MM2H dikendalikan Jabatan Imigresen merangkumi urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.