
Dipercayai, mangsa berusia 29 tahun hilang kawalan kereta dipandunya dan terjunam di cerun berkedalaman 45m.
Lelaki tersebut dikatakan hilang selepas keluar memandu Jumaat lalu.
Orang awam melalui kawasan kejadian yang melihat mayat mangsa, bertindak menghubungi pihak berkuasa, 1 tengah hari tadi.

Lapan anggota dari Balai Bomba Perak Road dan Paya Terubong mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan muka.
Pegawai Operasi Bomba Zon Timur Laut Pulau Pinang, Muzzamer Mohd Salleh berkata mayat kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat.
“Terdapat banyak kecederaan pada badan mangsa dan mungkin dia maut di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.