
Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Adrian Mosigil berkata daerah terlibat ialah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom, dan Papar.
Beliau berkata, catuan itu bermula 11 pagi tadi serta berkemungkinan sehingga 8 malam ini dan bekalan elektrik sedang dipulihkan ke kawasan terjejas secara berperingkat.
“Catuan ini dilaksanakan bagi memastikan kestabilan grid elektrik berikutan masalah kekurangan penjanaan dalam sistem grid,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, terdapat masalah teknikal di Unit Penjanaan 2 di Stesen Janakuasa Kimanis dan Unit Penjanaan Gas Turbine 2 dan 3 di Stesen Janakuasa Patau telah terpelantik (tripping) pada 10:03 pagi tadi menyebabkan kekurangan penjanaan tersebut.
Unit penjanaan di Stesen Janakuasa Patau katanya telah berjaya dipulihkan selepas satu jam dari kejadian terpelantik, manakala unit penjanaan di Stesen Janakuasa Kimanis memerlukan sedikit masa untuk dipulihkan.
Pengguna boleh menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000, 019- 8525427 atau melalui aplikasi mySESB untuk sebarang pertanyaan.