
Pengarahnya, Mat Yaakob berkata di bawah program itu, 93 prospek (banduan) dari Pusat Pemulihan Akhlak Machang “dibebaskan” untuk bekerja sebagai penoreh getah di ladang-ladang sekitar Kuala Krai, Tanah Merah serta Gua Musang, semalam.
“Banduan-banduan itu berada di bawah syarikat pembekal perkhidmatan korporat, dan usaha terbaharu ini dilaksanakan dengan kerjasama LGM Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Penjara ke-234 Peringkat Penjara Negeri Kelantan dan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa.
Beliau berkata, di bawah pelbagai program dilaksanakan Jabatan Penjara, 99.9% banduan di Kelantan mendapat pekerjaan sebaik sahaja mereka dibebaskan.
“PBSL terbukti membantu banduan hidup lebih baik dalam masyarakat, di Kelantan hanya 0.24% banduan kembali semula ke penjara,” katanya.
Terdahulu pada majlis itu, Penolong Kanan Komisioner Kamarulzaman Ismail dilantik sebagai Pengarah Penjara Pengkalan Chepa menggantikan Penguasa Penjara Mohamad Saizi Ibrahim.