Umat Islam mula puasa Selasa

Umat Islam mula puasa Selasa

Ramadan bermula pada 12 Mac selepas melihat anak bulan petang tadi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan tarikh permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.
PETALING JAYA:
Penganut Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ramadan pada Selasa, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad malam tadi.

Tarikh permulaan puasa bagi seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan raja-raja, selepas melihat anak bulan petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Selasa, 12 Mac 2024.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.