Licik minta ganti rugi, polis kesan lelaki sengaja cetus kemalangan

Licik minta ganti rugi, polis kesan lelaki sengaja cetus kemalangan

Suspek dikatakan minta ganti rugi hingga RM100.

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid, berkata lelaki itu didakwa sengaja cetus kemalangan di sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon, dan Bukit Gambir. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular, sejak semalam.

Ketua Polis Timur Laut Razlam Ab Hamid, berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu didakwa sengaja mencetuskan kemalangan di beberapa lokasi sekitar George Town, Jalan Masjid Negeri, Taman Tun Sardon, dan Bukit Gambir.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan lelaki itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada kami,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan melanggar kenderaan lain sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Suspek kemudian meminta ganti rugi antara RM30 hingga RM100.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.