Waspada pelaburan palsu guna nama CEO Petronas

Waspada pelaburan palsu guna nama CEO Petronas

Petronas menegaskan tiada platform pelaburan sedemikian daripadanya dan menggesa orang ramai tidak memberi respons kepada skim palsu itu.

Petronas berkata laporan polis sudah dibuat mengenai perkara itu.
KUALA LUMPUR:
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata ia mengambil maklum mengenai satu lagi penipuan (scam) pelaburan secara dalam talian yang kini tersebar di WhatsApp, melibatkan penggunaan tanpa izin nama dan logo syarikat, serta nama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Menurutnya mesej itu termasuk laporan berita palsu daripada The Star bertajuk Special report: Petronas opens joint investment platform with government support! dan mengetengahkan skim yang menjanjikan pulangan melalui pelaburan mingguan dalam operasi kerajaan yang berkaitan pengeluaran gas asli cecair (LNG).

Dalam kenyataan, Petronas berkata laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku Muhammad Taufik, dengan imej dan suaranya dimanipulasi menggunakan perisian kecerdasan buatan.

Katanya, laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

Sementara itu, pihak pengurusan Petronas menegaskan tiada platform pelaburan sedemikian daripada Petronas dan menggesa orang ramai tidak memberi respons kepada skim pelaburan palsu tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.