Budak 12 tahun maut jatuh tingkat 12 flat

Budak 12 tahun maut jatuh tingkat 12 flat

Polis berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di atas rumput blok bangunan flat itu oleh orang ramai pada 1.52 tengah hari.

Polis berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut.
KUALA LUMPUR:
Seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah flat di Cheras semalam.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Ridzuan Khalid berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di atas rumput blok bangunan flat perumahan itu oleh orang ramai pada 1.52 tengah hari.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan lanjut akan diteruskan dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Toh Chee Haur di talian 03-92050301 sambungan 302 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.