2 bersaudara didakwa bunuh kakitangan MPM

2 bersaudara didakwa bunuh kakitangan MPM

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 April ini untuk serahan laporan kimia serta bedah siasat.
PETALING JAYA:
Dua bersaudara didakwa di Mahkamah Majistret Manjung atas pertuduhan membunuh kakitangan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bulan lalu.

M Saravanan, 43, dan M Thamilselvan, 48, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret T Kavita.

Harian Metro melaporkan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Saravanan yang bekerja sebagai pencuci kereta bersama penganggur, Thamilselvan dituduh sengaja menyebabkan kematian M Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru dekat Ayer Tawar antara 5 pagi hingga 9 malam 10 Feb lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 18 April ini untuk serahan laporan kimia serta bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.