
Menjelaskan semakan tersebut, menteri berkata pihaknya mendapati sesetengah pihak menyalahgunakan kad perakuan media sebelum ini dan keperluan untuk meneliti outlet media yang baharu diwujudkan.
“Itu antara sebab kenapa mereka meneliti perkara tersebut,” katanya kepada pemberita. “Mereka mewujudkan laman web baharu, memohon kad perakuan media, dan cuba untuk hadir acara dan program (kerajaan).”
Fahmi ditemui media ketika lawatan ke Penang House of Music petang tadi.
Pada Khamis, portal Malaysiakini melaporkan tempoh sah kad media bagi wartawan daripada media dalam talian dikurangkan.
Jabatan Penerangan dilapor berkata ia kini dalam proses “penyelarasan” tatacara operasi standard pengeluaran kad media media.
Lazimnya, kad media bagi wartawan tempatan sah selama tempoh dua tahun, manakala wartawatan bagi pertubuhan media asing sah selama tempoh satu tahun.
Fahmi sebelum ini berkata kad perakuan yang dikeluarkan kepada wartawan bukan lesen diperlukan untuk mereka menjalankan tugas.