Proses gabung Pelaburan Hartanah Bhd sedang berjalan

Proses gabung Pelaburan Hartanah Bhd sedang berjalan

Semasa pembentangan Belanjawan 2024 perdana menteri berkata institusi pelaburan Bumiputera seperti PHB akan dipusatkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra.

Proses penggabungan Pelaburan Hartanah Bhd dalam Yayasan Pelaburan Bumiputra sedang berjalan, menurut JPM. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Proses penggabungan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dalam Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) dari Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) sedang berjalan.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, beberapa kelulusan prasyarat kepada penggabungan tersebut sedang dipohon daripada pihak tertentu seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan.

“Mekanisme penggabungan ini adalah melalui pemindahan saham PHB yang dipegang oleh YAHB kepada YPB,” menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman Parlimen.

Ia menjawab pertanyaan Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mengenai status dan mekanisme penggabungan PHB di bawah YPB seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata institusi pelaburan Bumiputera seperti PHB akan dipusatkan di bawah YPB.

Anwar berkata fokus dan koordinasi antara agensi berkaitan pembangunan Bumiputera juga akan diperkukuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.