Chow gesa segerakan projek pindah air dari Sungai Perak ke P Pinang

Chow gesa segerakan projek pindah air dari Sungai Perak ke P Pinang

Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang telah menunggu sejak 2011 bagi pelaksanaan projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak.

Chow Kon Yeow berkata projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak akan memberi manfaat kepada negeri di utara Semenanjung.
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen kerajaan menggesa projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) dilaksanakan segera tahun ini untuk meningkatkan bekalan.

Chow Kon Yeow (PH-Batu Kawan) yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata negeri itu telah menunggu sejak 2011 dan turut menjadi Pelan Kontigensi Air Pulau Pinang 2030 untuk meningkatkan bekalan air kepada 602 juta liter sehari.

Sehubungan itu, Chow mahu projek itu dilaksanakan segera kerana turut memanfaatkan negeri di utara Semenanjung.

“Adalah diharapkan perjanjian projek berkaitan dapat dimeterai dan dilaksanakan tahun ini juga,” katanya dalam Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Pada 3 Jan lalu, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata projek SPRWTS dijangka tidak dapat dilakukan tahun ini kerana perlu menunggu peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi pembinaan loji rawatan air di daerah Kerian, Utara Perak.

Selain itu, pelbagai proses berkaitan isu bekalan air terawat antara Perak dan Pulau Pinang juga perlu diselesaikan terlebih dahulu.

SPRWTS adalah sebahagian Pelan Kontingensi Air Pulau Pinang 2030 yang mana melaluinya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) membelanjakan RM1.18 bilion dalam tempoh beberapa tahun untuk meningkatkan bekalan air negeri kepada 602 juta liter sehari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.