
Ketua Balai Bomba Kapit Timothy Barat, berkata dalam kejadian pada 5 petang itu melibatkan bot berkuasa tinggi.
Katanya, bot dinaiki lima penumpang itu menyaksikan seorang daripadanya, Moses Ngui, 47, berjaya diselamatkan orang awam.
“Empat mangsa yang masih hilang dikenali Iskandar Ibrahim, Jonthan Lambet, Amerson John Nain, dan Jack Balan,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Kapit dikerah ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima makluman berhubung insiden, pada 5.24 petang.
“Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba memulakan usaha SAR menggunakan teknik pencarian secara permukaan dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata atas faktor keselamatan operasi SAR ditangguhkan pada 6.50 petang dan akan disambung esok.