Rafizi belum hubungi saya lagi, kata Lim Sian See

Rafizi belum hubungi saya lagi, kata Lim Sian See

Pempengaruh media sosial itu berharap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan menjemput beliau untuk sesi eksklusif audio siar 'Yang Bakar Menteri' sebelum Ramadan ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli sebelum ini berkata beliau mahu mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See masih belum dihubungi wakil Rafizi Ramli untuk mengaturkan kemunculannya dalam program audio siar menteri ekonomi itu.

“Kenapa lama sangat? Banyak perkara yang saya mahu bincangkan dengan beliau secara bersemuka dan saya jamin ramai akan mendapati sesi secara langsung itu sangat menarik,” katanya kepada FMT semalam.

Pada 19 Feb lalu, Rafizi berkata beliau mahu menjemput Lim, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan bekas ketua penerangan Umno, Isham Jalil menjadi tetamu audio siar ‘Yang Bakar Menteri’ bagi mendengar idea membantu negara dari sudut ekonomi.

Rafizi juga berkata beliau mahu mendedahkan wajah sebenar watak yang mengendalikan kempen propaganda yang mempertahankan 1MDB selama ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata beliau akan mendapat maklum balas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga presiden Umno terlebih dahulu sebelum menjemput mereka.

Lim kemudiannya segera menerima cabaran itu dan meminta sesi “one vs one” (eksklusif) dengan Rafizi.

Namun, Lim memberitahu FMT semalam, beliau masih belum dihubungi oleh wakil Rafizi walaupun sudah dua minggu berlalu.

Katanya, Rafizi sepatutnya tiasa isu untuk sesi secara bersemuka kerana menteri itu hadir di Kongres Ekonomi Bumiputera baru-baru ini.

Lim juga berharap Rafizi akan mengotakan janjinya, dan menambah masa terbaik untuk sesi bual bicara itu diadakan adalah sebelum Ramadan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.