
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata keterangan Hadi akan dirakam di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, 2.30 petang esok.
Katanya, pegawai khas Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan pemimpin itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika ditemui selepas majlis di Pulapol, menurut Berita Harian.
Sebelum ini dilaporkan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan kenyataan Hadi dalam artikel tersebut sambil menyifatkan Ahli Parlimen Marang tidak beradab.
Baginda dalam surat diutuskan kepada Hadi menegur kenyataan sinis itu yang secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat.