
Taikun itu berkata, hampir 85% pekerja Starbucks Malaysia adalah orang Islam dan tiada warga asing bekerja di ibu pejabat syarikat tersebut.
“Tindakan boikot ini tidak beri manfaat kepada sesiapa,” katanya yang dipetik New Straits Times sebagai berkata dalam sidang media di Okinawa, Jepun.
Tan berkata, kempen boikot dilihat semakin reda dengan jualan Starbucks Malaysia perlahan-lahan semakin baik.

Beliau menjangkakan keadaan bertambah baik untuk mencerminkan kewangan syarikat itu bagi suku ketiga tahun ini.
Berjaya Food Bhd (BFood) berdepan cabaran susulan kempen boikot terhadap Starbucks di Malaysia dan diburukkan dengan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS.
Ini menyebabkan kejatuhan pendapatan dan rekod kerugian tertinggi pada suku kedua tahun fiskal 2023.
Kempen boikot yang tercetus susulan serangan Israel terhadap Palestin itu, memberi kesan besar terhadap BFood kerana Starbucks Malaysia menyumbang 90% daripada pendapatan kumpulan tersebut.
Pelabur dalam saham BFood juga dinasihatkan menjual saham mereka susulan boikot terhadapnya, menurut nota penyelidikan RHB Bank.
Rangkaian itu disasarkan untuk diboikot rakyat Malaysia yang berang kerana dianggap mempunyai hubungan dengan atau sokongan Israel dan kempen ketenteraannya di Gaza.