Ringgit jatuh beri sedikit kesan kepada aset KWSP, kata ketua dana

Ringgit jatuh beri sedikit kesan kepada aset KWSP, kata ketua dana

Ahmad Zulqarnain Onn berkata, portfolio KWSP 'sangat pelbagai' dan tersebar di seluruh dunia.

Ahmad Zulqarnain Onn berkata, KWSP membeli lebih banyak aset dalam ringgit kerana ia terkurang nilai.
KUALA LUMPUR:
Aset KWSP tidak terjejas dengan prestasi lemah ringgit kerana ia sangat pelbagai, kata CEO Ahmad Zulqarnain Onn.

“Strategi kami turut didorong peruntukan aset dan kepelbagaian. Jika anda lihat portfolio kami, ia sangat pelbagai. Ia tersebar di seluruh dunia,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman prestasi dan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023.

Beliau berkata, pelaburan KWSP berpandukan prinsip pelaburan jangka panjang dan perubahan sementara dalam pasaran tiada kesan ketara.

Pada 20 Feb lalu, ringgit jatuh 0.2% kepada 4.7965 berbanding dolar AS, mencapai paras paling lemah sejak paras terendah sepanjang masa 4.8850 pada 1998, semasa Krisis Kewangan Asia.

Prestasi lemah ringgit menyebabkan Bank Negara menyatakan mata wang itu kini dinilai rendah kerana asas dan prospek ekonomi negara masih positif.

Zulqarnain senada dengan BNM dan berkata KWSP membeli lebih banyak aset dalam ringgit.

“Kami bersetuju ringgit di bawah nilai. Bila di bawah nilai, kami akan mengambil untung dengan membeli lebih banyak.”

Skim KWSP baharu buat penjawat awam

Zulqarnain berkata, cadangan kerajaan memansuhkan skim pencen penjawat awam baharu tidak akan menjejaskan peruntukan aset KWSP.

Katanya, kerajaan menjangkakan untuk mengambil kira-kira 30,000 penjawat awam setahun, tetapi jumlah itu akan memberi sedikit kesan kepada 16 juta ahli KWSP sedia ada.

“Memandangkan dasar ini hanya akan menjejaskan penjawat awam baharu, pendapatan mereka agak rendah, jadi jumlah yang perlu diuruskan agak kecil,” katanya.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan mengurangkan dana pencen perkhidmatan awam dan rekrut baharu sebaliknya akan membuat caruman kepada KWSP serta Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Katanya, ini akan meringankan beban kewangan kerajaan dan dasar baharu itu akan dilaksanakan tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.