
Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh, berkata pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 13 saat di laman sosial X memaparkan sebuah kereta Honda Civic kelabu dipandu secara melawan arus, disyaki berlaku antara 12 tengah malam hingga 2.50 awal pagi semalam.
“Bertindak atas maklumat, kira-kira 4.11 petang polis menahan seorang suspek wanita berusia 75 tahun bagi membantu siasatan setelah dipanggil ke Balai Polis Iskandar Puteri susulan tularnya video berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita tersebut tidak berada bawah pengaruh alkohol dan dia disyaki mengalami penyakit demensia.
Kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000.