Mangsa banjir Sarawak naik kepada 356

Mangsa banjir Sarawak naik kepada 356

Mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara di kawasan selatan Sarawak.

Banjir berlaku di kawasan selatan Sarawak susulan hujan berterusan sejak malam tadi. (Gambar JBPM)
KUCHING:
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini berbanding 64 orang daripada 16 keluarga pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan selatan Sarawak.

Di Kuching, seramai 194 orang daripada 82 keluarga ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru manakala 98 orang daripada 23 keluarga di PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Sementara itu, di Bau, 64 orang daripada 16 keluarga berlindung di PPS Dewan Kampung Segong.

Banjir berlaku di kawasan selatan Sarawak susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.