Lelaki maut kepala terhantuk batu

Lelaki maut kepala terhantuk batu

Polis berkata, mangsa bersandar di sebatang pokok, sebelum tiba-tiba terjatuh dan kepalanya terkena batu.

Polis berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari bukit sebelum kepalanya terhantuk batu di Kampung Chenulang, Kuala Krai.

Dalam kejadian 11.56 pagi tadi, mangsa 23 tahun itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Kuala Krai, Kamarulzaman Harun berkata, sebelum kejadian, mangsa mengikut beberapa orang ke kebun untuk menebas.

Ketika sampai di atas bukit, katanya, mangsa bersandar di sebatang pokok, sebelum tiba-tiba terjatuh dan kepalanya terkena batu.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat. Hasil siasatan awal dan pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan mati mengejut dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.