3 beranak maut nahas di Kelantan

3 beranak maut nahas di Kelantan

Empat lagi mangsa cedera dalam nahas 1.40 tengah hari itu membabitkan Perodua Myvi dan Nissan March.

Pasukan bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa di lokasi nahas. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Tiga beranak maut dalam nahas dua kereta di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, empat lagi mangsa turut cedera dalam nahas 1.40 tengah hari itu membabitkan Perodua Myvi dan Nissan March.

“Terdapat lima individu dalam Perodua Myvi dan tiga daripadanya kanak-kanak, manakala dalam Nissan March terdapat dua individu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat mangsa tersepit dan anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa dalam keadaan hujan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, lapan anggota dan pegawai dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai dan empat mangsa cedera turut dibawa ke hospital sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.