
Menterinya Dzulkefly Ahmad menjelaskan dalam merancang dasar dan program kesihatan, tiga aspek diambil diambil kira iaitu keupayaan pelaksanaan, hasil positif dan kemampanan pembiayaan kewangan.
“SPM diakui memanfaatkan ramai namun penilaian semula perlu untuk jangka panjang khususnya berkaitan hasil kesihatan bagi rakyat dan kemampanan pembiayaan kewangannya.

“Perlu diakui bahawa dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.7 juta seminggu, baki peruntukan bagi Program SPM ini dijangka habis digunakan pada penghujung April,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Dzulkefly dalam jawapannya di Dewan Rakyat berkata SPM ditumpukan semula ke 10 daerah berkuat kuasa 26 Feb lalu bagi mengatasi kesesakan pesakit di kemudahan KKM.
Kawasan terbabit adalah di Kuala Lumpur, dan empat daerah di Selangor (Gombak, Hulu Langat, Petaling, serta Klang), Johor Bahru (Johor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), dan Kuching (Sarawak).
Pada masa sama, Dzulkefly berkata KKM juga akan menilai cadangan merangkumkan SPM dengan Peka B40 dan Madani Afiat untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya, mencapai hasil kesihatan diinginkan, dan pembiayaan lebih mampan.
Sebagai langkah menjamin penyampaian perkhidmatan kesihatan menyeluruh, beliau menjelaskan KKM telah mengambil inisiatif melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat bagi
75 hospital dan 53 klinik kesihatan.
“KKM juga berhasrat mengembangkan perkhidmatan ini ke hari kelepasan mingguan,” katanya.