
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan memaklumkan seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu.
“Kerajaan akan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan.
“Kementerian juga ingin mengingatkan orang awam untuk menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berhadapan dengan musim panas dan kering di kebanyakan negeri,” menurut kenyataan itu.
Bermula hari ini, kadar baharu SST naik kepada 8% berbanding 6% sebelum ini seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lepas.
Langkah itu sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawan.