
Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata tempoh reman pemandu lori 37 tahun itu diperoleh pihaknya daripada Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.
“Mahkamah membenarkan tempoh reman terhadap mereka bermula hari ini hingga 6 Mac (Rabu). Kebenaran berkenaan diperoleh daripada Majistret Farah Rosnan,” katanya menurut Bernama
Terdahulu, seorang wanita warga Thailand dilaporkan maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium pada 10.02 malam.
Menurut saksi, suspek dikatakan bergaduh dengan teman wanitanya sebelum ditolak dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium.
Dalam kes berasingan, Iqbal berkata, Mahkamah Majistret sama mengeluarkan perintah reman tujuh hari terhadap seorang lelaki 33 tahun yang dipercayai memukul ibunya dengan kasut keselamatan dan tukul besi hingga mati.
Tukang gunting rambut itu ditahan di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang pada 11.30 pagi semalam susulan kejadian di Kampung Jawa, Klang pada hari sama.