
Menurut kenyataan keluarga, Surina meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi disisi keluarganya susulan penyakit kanser.
Surina adalah CEO MDEC dari Jan 2019 hingga Ogos 2021.
Beliau juga pengarah bukan eksekutif bebas Capital A (dulu dikenali sebagai AirAsia Group) dan CIMB Investment Bank Bhd.
Surina juga berkhidmat sebagai anggota Institut Pendidikan untuk Keamanan Mahatma Gandhi, Unesco dan ahli lembaga pengarah Accelerate Global.
Sebahagian besar karier profesional Surina bertempat di New York City, termasuk 17 tahun sebagai pegawai pelaburan, strategi dan ketua di JPMorgan Chase & Co.
Surina memperoleh ijazah berkembar di Wharton School of Business dan School of Engineering and Applied Sciences di Universiti Pennsylvania.
Beliau meninggalkan suami Jasmin Ong Rashid, dan tiga anak Ean, Arianna dan Zac.
Solat jenazah dijadual diadakan di Masjid At-Taqwa di TTDI pada tengah hari ini sebelum dikebumikan.