
Ringgit merudum melepasi 4.8 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu lalu, paras terendah sejak Januari 1998 ketika kemuncak krisis kewangan Asia.
“Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Rasheed berkata, bank pusat itu meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk berterusan dalam pasaran pertukaran asing.

Terdahulu, Bloomberg melaporkan perniagaan Malaysia membayar harga tinggi berikutan kelemahan ringgit, yang mana menjadikan pengimportan material dan pembayaran balik hutang asing bertambah.
Industri seperti penerbangan sehingga kepada sektor berintensifkan bahan mentah secara khusus terkesan, menurut S&P Global Ratings.
Ringgit menyusut ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada penghujung 1990-an, dan kerajaan mengarahkan bank pusat berkenaan memantau rapi kedudukan ringgit, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.