
Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkata pelaksanaan dan pengurusan dari segi komunikasi membabitkan hal ekonomi perlu dilakukan secara bijak serta berani.
“Perlu turun padang berjumpa dengan ‘high touch points’ (seperti) guru, pelajar, doktor atau ketua-ketua masyarakat bagi memberi penerangan dan pemahaman yang jelas menggunakan laras bahasa yang mudah di fahami, ‘laymen term’.
“Ini pasti akan meningkatkan lagi kredibiliti kerajaan, bukan hanya melalui perancangan semata-mata tetapi penjelasan yang jelas dan pelaksanaan yang berkesan,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Shahar meminta semua pihak tidak menjadikan penyusutan nilai ringgit yang dialami ketika ini sebagai “kayu pengukur” kedudukan ekonomi negara.
“Berdasarkan penerangan yang diberikan, saya yakin kerajaan sememangnya tidak berdiam diri malah sebaliknya agresif di dalam merangka pelbagai strategi mendepani isu penurunan ini.
“(Penyusutan ringgit) bukan hanya ‘internal factors’ semata, tetapi turut berhubung kait dengan ‘external factors’,” katanya.