Orang ramai dinasihat tak sertai perhimpunan Bersih

Orang ramai dinasihat tak sertai perhimpunan Bersih

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan daripada penganjur.

Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid menegaskan perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
KUALA LUMPUR:
Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai Perhimpunan Tuntut Reformasi 100% yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Selasa ini di Plaza Tugu Negara kerana ia tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata pihaknya tidak menerima sebarang pemberitahuan perhimpunan daripada penganjur seperti yang diperlukan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata berdasarkan poster yang tular melalui media sosial, penganjur perhimpunan berkenaan mengajak orang ramai berkumpul di Tugu Negara dan berarak ke Bangunan Parlimen bagi mendesak kerajaan melaksanakan agenda reformasi.

“Perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) akta berkenaan dan polis menyeru orang ramai untuk tidak menyertai perhimpunan itu yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Allaudeen, tindakan tegas akan diambil terhadap semua yang terlibat dalam perhimpunan terbabit mengikut peruntukan yang disediakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.